
Ini buku terakhir aku kena baca untuk satu assignment ber-deadline kan hari ni. (Dah selamat dah hantar tadi). Rasa macam nak menangis aku baca buku ni. Takde pon genre sedihnya. Tapi aku nak menangis sebab assignment dari hari tu lagu tu jugak tak sesiap. Banyak gila kot buku yang aku dah baca lebih 10 rasanya only for this one assignment.
Jadi hari ni aku hanya dapat tido selama 2 jam sahaja. 7am dah nak kena mandi apa semua sebab hari ni ada.....presentation!!!!! Gosh.
Konon memang dah habis prepare lah kan nak present. Pepagi dah semangat. Sekali azab. Tunggu punya tunggu turn....
Pukul 6 petang woi!! Baru sampai turn.

Ni memang dah tak senang duduk dah tunggu giliran

Confirm memang dah tak senang duduk

Aku nak habis cepat nak balik tidoooooooo

Ok untuk menjimatkan masa, saya akan cuba menghuraikan seringkas-ringkasnya sdkjfpftttskjs ghpldskjfpffttt sekianterimakasih

Ok mata tak nak yang lebih layu lagi? Huakaka seriously man time ni rasa macam nak pitam je kat depan tu. Mengantuk sangat.
So yeah. 1 subjek dah selesai. Tinggal 1 subjek lagi dengan 2 tugasan dalam masa dua minggu aje yang tinggal ni. Heiiiii naik sem baru nanti aku dah takmau lagilah asyik nak pitam pengsan pecah kepala apa semua.
Azam baru = buang tabiat suka menangguh kerja.
Azam baru = buang tabiat suka menangguh kerja.




